Mencari keseimbangan dalam kehidupan hari ini bukan lagi sekadar soal bersenam atau menjaga pemakanan. Ia turut melibatkan hubungan dengan diri sendiri, komuniti dan alam sekitar. Berpegang kepada semangat itu, Rise & Revive 2.0 kembali pada 13 September 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan pengalaman kesejahteraan yang lebih besar dan menyeluruh. Dianjurkan sempena KLCC Sustainable September, acara ini menghimpunkan empat figura terkenal iaitu Atilia Haron, MimiFly, Icon Hanis dan Eleza Zaaba menerusi sesi yoga, Pound, Piloxing serta Flyjam. Disokong bazar gaya hidup sihat dan inisiatif kelestarian, Rise & Revive 2.0 membuktikan bahawa kesejahteraan sebenar bukan hanya tentang kecergasan fizikal, tetapi bagaimana ia mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan dunia di sekeliling kita...

Read More  

Muzik sentiasa menjadi bahasa paling jujur buat Atilia Haron. Tatkala ramai mengenalinya menerusi karya-karya yang lembut dan penuh jiwa, penyanyi itu kini membuka lembaran baharu menerusi dua hadiah istimewa buat peminat. Bermula dengan pelancaran single duet "Ceritera Sang Arjuna & Bunga" bersama penyanyi dan pencipta lagu Razak A'ai, perjalanan itu diteruskan dengan pengumuman ATILIA HARON In Concert, sebuah konsert intim yang bakal berlangsung pada 19 September 2026 di Robert's Theatre, The Campus Ampang. Menampilkan lebih 40 lagu, kolaborasi kreatif bersama SORE Ze Band dari Indonesia serta pengarahan muzik oleh Fly Halizor, konsert ini menjadi refleksi perjalanan lebih dua dekad Atilia dalam dunia seni—sebuah malam yang bukan sekadar meraikan muzik, tetapi juga kisah tentang pertumbuhan, kehilangan dan harapan...

Read More  

Single terbaharu Atilia Haron yang dicipta bersama Jinx Chin dengan lirik sepenuhnya oleh Atilia. Lagu ini mengangkat tema cinta, rindu, jarak dan kesetiaan yang kekal walaupun dipisahkan oleh waktu dan ruang. Ia juga menjadi penghormatan peribadi kepada band Sore yang banyak mempengaruhi perjalanan seni Atilia. Dengan susunan muzik minimal dan gaya vokal yang sederhana tetapi penuh emosi, lagu ini menyampaikan perasaan yang jujur dan mendalam. Menggunakan metafora senja, ia menggambarkan keadaan antara melepaskan dan terus berharap. Lagu ini mengajak pendengar untuk merenung makna rindu dan menerima bahawa tidak semua persoalan dalam cinta memerlukan jawapan segera...

Read More