Single terbaharu Atilia Haron yang dicipta bersama Jinx Chin dengan lirik sepenuhnya oleh Atilia. Lagu ini mengangkat tema cinta, rindu, jarak dan kesetiaan yang kekal walaupun dipisahkan oleh waktu dan ruang. Ia juga menjadi penghormatan peribadi kepada band Sore yang banyak mempengaruhi perjalanan seni Atilia. Dengan susunan muzik minimal dan gaya vokal yang sederhana tetapi penuh emosi, lagu ini menyampaikan perasaan yang jujur dan mendalam. Menggunakan metafora senja, ia menggambarkan keadaan antara melepaskan dan terus berharap. Lagu ini mengajak pendengar untuk merenung makna rindu dan menerima bahawa tidak semua persoalan dalam cinta memerlukan jawapan segera...

Read More