Lagu-lagu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup, itulah warisan yang terus dibawa legenda Mandopop rock Zhao Chuan (赵传) menerusi konsert When We Were Young 2026, yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 14 November 2026. Persembahan ini bukan sekadar mengimbau lagu-lagu malar segarnya seperti I'm Just a Little Bird, At Last, I Have Lost You dan How Could I Tell You That I Love You, malah membawa penonton menyelusuri perjalanan hidup serta kerjaya seni yang telah merentasi beberapa generasi. Dengan gabungan muzik, penceritaan dan visual eksklusif yang direka oleh anaknya sendiri, konsert ini menjanjikan sebuah malam yang menyatukan nostalgia, emosi dan kenangan dalam satu pengalaman yang sukar dilupakan...

Read More  

Sebuah lagu yang baik mampu merentas masa, dan itulah yang terus dibuktikan oleh Richie Jen. Sambutan luar biasa daripada peminat Malaysia mendorong penganjur menambah konsert ketiga bagi Richie Jen Concert Live in Malaysia 2026, menjadikan persembahan itu berlangsung selama tiga malam berturut-turut di Arena of Stars, Resorts World Genting. Selepas tiket bagi dua tarikh pertama menerima permintaan tinggi, tarikh baharu pada 23 Ogos 2026 diumumkan bagi memberi lebih ramai peminat peluang mengimbau kenangan bersama himpunan lagu malar segar yang telah menemani kehidupan mereka selama lebih tiga dekad. Dengan pentas berbentuk T-stage yang membawa Richie lebih dekat dengan penonton, konsert ini dijangka menjadi sebuah pertemuan yang sarat nostalgia, emosi dan momen yang sukar dilupakan...

Read More  

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah, bakal meraikan ulang tahun ke-25 penglibatannya dalam industri muzik menerusi konsert mega 'KITA – 25 Tahun Bersama' yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Arena of Stars, Resorts World Genting. Dianjurkan oleh Pink Asia, konsert ini menjadi simbol penghargaan terhadap perjalanan seni Shila serta sokongan peminat yang setia mengiringinya sejak hari pertama. Lebih 40 lagu dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris akan dipersembahkan, termasuk beberapa segmen tribut khas kepada Sudirman, Michael Jackson dan Fish Leong. Konsert ini turut menampilkan artis jemputan seperti Hael Husaini, DJ Fuzz, Balan Kashmir, Kidd Santhe dan Mimy Fly, sekaligus menjanjikan sebuah malam penuh nostalgia dan kenangan...

Read More  

Membawa ledakan budaya pop Jepun ke Resorts World Genting selama 6 hari, mengumpulkan peminat anime, cosplay dan J-Pop dalam festival penuh warna. Kemuncaknya berlangsung pada 3 Januari melalui sebuah konsert istimewa menampilkan 3 artis: Airi Suzuki, ikon J-Pop yang sarat pesona; penyanyi-penulis lagu Gen-Z, noa, dengan gaya muziknya yang unik; serta kumpulan idol KLP48 yang bakal mempersembahkan Heavy Rotation. Acara ini merangkumi peserta ACG, permainan mini, pertandingan cosplay dan sesi bertemu peminat. Dengan harga tiket bermula RM228, konsert ini menjadi perayaan sempurna bagi memulakan tahun 2026 dengan muzik, budaya dan semangat kreatif yang menggembirakan hati...

Read More  

Arena of Stars Genting Highlands bakal bergema hujung tahun ini dengan kepulangan trio legenda Hong Kong, Grasshopper (草蜢). Selepas tertunda akibat pembedahan otak yang dilalui Remus Choy, mereka kembali dengan semangat baharu dalam Re: GRASSHOPPER Concert Tour 2025 pada 27 Disember 2025. Konsert ini menjadi simbol pemulihan, penyatuan semula dan keazaman yang tidak pernah pudar, seiring dengan tema “Recover, Restart, Reunion, Rearrange.” Penonton bakal dihiburkan dengan lagu malar segar seperti Love Trap, Forget Love Samba dan Baby, I’m Sorry, serta karya terbaharu Old but Spicy ciptaan Remus. Dengan karisma, tarian bertenaga dan keintiman bersama peminat, Grasshopper menjanjikan sebuah malam yang merentasi generasi, menutup tirai 2025 dengan penuh gemilang...

Read More