Kesinambungan drama popular adaptasi novel Siti Rosmizah yang kini bersiaran di Astro Ria dan Sooka setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Musim kedua ini mengisahkan konflik rumah tangga Aizril dan Aleya yang semakin rumit apabila Aizril mahu berpoligami dengan Azreen demi menyelamatkan perniagaan. Aleya yang kini mengalami kecacatan tangan tampil lebih tegas dan berani mempertahankan maruahnya, malah sanggup meminta cerai. Drama 40 episod arahan Feroz Kadir terbitan SR ONE Sdn. Bhd ini dibintangi Shukri Yahya, Hannah Delisha dan Nadia Brian bersama barisan pelakon terkenal lain. Konflik kesetiaan, cinta dan pengorbanan menjadi nadi utama yang terus mengikat perhatian penonton...

Read More