Menyapa dengan single terbaharu berjudul Arus & Arah, lagu penuh semangat dan emosi yang diangkat sebagai runut bunyi rasmi drama bersiri Anak-Anak Mafia terbitan Tonton. Dihasilkan bersama John Jeeves dan Iqie Hugh, lagu ini hadir dengan konsep “fast-pace” dan suntikan motivasi buat mereka yang sedang mencari kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan. Proses rakaman yang mencabar membuktikan dedikasi Firdaus Rahmat dalam menyampaikan lagu ini dengan penuh penghayatan. Dengan gabungan pop dan rock moden, Arus & Arah bukan sekadar lagu tema, tetapi sebuah karya yang menyentuh jiwa, selari dengan naratif watak-watak dalam drama tersebut. Lagu ini kini boleh distrim di semua platform digital, manakala drama disiarkan eksklusif di Tonton setiap Isnin dan Khamis...

Read More  

Membawa penonton menyelami dunia gelap jenayah Kuala Lumpur melalui kisah Andra, pemuda dari Thailand yang menyusup masuk ke geng mafia Serigala Merah untuk membalas dendam atas kematian ibu bapanya. Namun, misi Andra menjadi rumit apabila dia terjebak dalam cinta terlarang dengan Katrina, kekasih ketua geng Ice, anak kepada Arie Wijaya, lelaki yang dipercayai menjadi dalang tragedi hidup Andra. Siri 10 episod ini sarat dengan aksi, pengkhianatan dan dilema emosi, dibintangi Mierul Aiman, Fitri Farok, Scha Elinnea dan ramai lagi. Diarahkan Shuhaimi Zulkefli, Anak-Anak Mafia bakal ditayangkan di Tonton mulai 12 Jun 2025, menjanjikan penceritaan penuh ketegangan dan konflik kuasa yang menguji batas kepercayaan, cinta dan dendam...

Read More