Dua nama besar yang selama ini meninggalkan jejak tersendiri dalam dunia muzik Malaysia bakal bertemu di atas satu pentas menerusi Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra. Berlangsung di Idea Live Arena pada 8 November 2026, konsert ini menyatukan karya-karya ikonik Noh Salleh dengan sentuhan orkestra eksklusif di bawah pimpinan Aubrey Suwito. Lebih daripada sekadar sebuah persembahan, ia menjadi sebuah penghormatan terhadap perjalanan seni Noh yang telah merentasi lebih dua dekad, sambil menawarkan dimensi baharu kepada lagu-lagu yang sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan peminat. Dengan gabungan penceritaan, emosi dan susunan muzik yang megah, Cadenza of the Soul dijangka menjadi antara konsert paling artistik dan berprestij di Malaysia tahun ini...

Read More  

Empat dekad bukan sekadar angka, ia adalah cermin perjalanan seorang legenda. Sheila Majid 40 Years in Music bakal menggegarkan Axiata Arena pada 8 November 2025, membawa peminat merentasi waktu menerusi alunan lagu yang pernah mengisi ruang hidup mereka. Konsert istimewa ini menampilkan gandingan semula Sheila dengan tenaga kreatif yang pernah membentuk identitinya, Mac Chew, Jenny Chin, Jennifer Thompson serta pereka pentas tersohor Steve Ho. Dijanjikan sebagai persembahan selama 2 setengah hingga 3 jam, Sheila akan mempersembahkan lagu-lagu yang telah menjadi nadi budaya pop dan jazz Nusantara. Dari Sinaran ke Legenda, malam itu adalah penghormatan kepada warisan seni dan kasih yang tak pernah padam antara artis dan para pencintanya...

Read More