Seberapa banyak cerita sebenarnya tersembunyi di sebalik sebuah senyuman? Kael kembali dengan single terbaharu, Senyum, sebuah karya Pop dan R&B bernuansa soulful yang mengajak pendengar menemukan semula kebahagiaan selepas melalui hari-hari melelahkan. Diterbitkan Alternate Records, lagu ciptaan bersama Kael, Omar K, Adrianna Cinta dan Shazriq Azeman ini memperlihatkan sisi baharu penyanyi tersebut menerusi vokal lebih santai tanpa mengorbankan karakter dan emosi. Senyum turut membawa persoalan reflektif — What Makes You Smile?, How Do You Smile? dan What’s The Meaning Behind Your Smile? — kerana tidak semua senyuman lahir daripada cerita yang sama. Bagi Kael, sesukar apa pun kehidupan, manusia masih berhak memberi peluang kepada dirinya untuk bahagia. Kadangkala, sebuah permulaan baharu hanya memerlukan satu perkara sederhana: senyum...

Read More  

Bukan setiap cahaya hadir untuk menghapuskan seluruh kegelapan. Kadangkala, secarik sinar kecil sudah memadai untuk menguatkan langkah yang hampir terhenti. Gagasan itulah yang diangkat oleh Mariam Saim menerusi single terbaharunya, Sedikit Cahaya, yang dipilih sebagai lagu tema rasmi (OST) drama Tonton Originals, Neraka Yang Terhijab. Diterbitkan oleh Alternate Records & Talents, lagu ciptaan John Jeeves dan Firdaus Rahmat ini bukan sekadar mengiringi perjalanan watak utama drama, malah menjadi refleksi terhadap pengalaman peribadi Mariam sendiri. Dilengkapi muzik video berkonsep one continuous shot arahan Boboy Jehori, Sedikit Cahaya mengajak pendengar menyelami perjalanan daripada luka menuju harapan, sekali gus memperlihatkan sisi vokal Mariam yang lebih matang dan jujur...

Read More