Keindahan seni tradisional Jepun bertemu kisah penuh emosi menerusi KOKUHO, filem pecah panggung arahan Lee Sang-il yang bakal menemui penonton Malaysia mulai 23 Julai 2026. Diadaptasi daripada novel terkenal karya Shuichi Yoshida, filem ini mengisahkan perjalanan seorang anak keluarga yakuza yang menemui takdir baharu di pentas Kabuki bersama pewaris keluarga bangsawan. Sebelum tayangan rasminya, 8TV dan Primeworks Studios meraikan karya tersebut menerusi tayangan media eksklusif yang menghimpunkan lebih 200 tetamu, termasuk pengamal media, pencipta kandungan dan selebriti tempatan. Dengan lakonan mantap Ryo Yoshizawa dan Ryusei Yokohama, KOKUHO mengangkat tema pengorbanan, persahabatan, cita-cita dan dedikasi terhadap seni dalam sebuah naskhah yang memukau dari awal hingga akhir...

Read More  

Di sebalik 24 episod Jasmine Project Love Musim Ketiga, ada kehidupan sebenar yang tidak berakhir apabila kamera berhenti merakam. Program CSR 8TV yang disokong sepenuhnya oleh Jasmine Food ini menyalurkan RM192,000 menerusi 8TV Project Love Fund bagi membantu 24 keluarga, dengan setiap keluarga menerima RM8,000. Menjelajah pelbagai negeri bersama enam hos, program ini mendekati keluarga yang berdepan cabaran dan membawa kisah mereka kepada penonton seluruh Malaysia. Majlis Apresiasi di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar by IHG menjadi penutup bermakna buat musim ketiga, sambil menghargai pertubuhan kebajikan dan semua pihak yang bekerja di sebalik tabir. Lebih daripada sebuah rancangan televisyen, Jasmine Project Love terus membuktikan bahawa penceritaan mampu membuka ruang empati, menghubungkan manusia dan menerjemahkan kepedulian kepada bantuan yang nyata...

Read More  

Keunggulan Media Prima kembali menyerlah di pentas Asia apabila tiga karya unggul iaitu BRU (Tonton), Click To Health Season 4 (8TV), dan Ejen Ali The Movie 2 (Primeworks Studios & WAU Animation) dinobatkan sebagai National Winners di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2025. Kejayaan ini melayakkan Media Prima bersaing bersama nama besar Asia Pasifik di Grand Awards and Gala Finals yang akan berlangsung di Capitol Theatre, Singapura pada 3 dan 4 Disember 2025. Dari kisah obsesi dan persahabatan dalam BRU, ke pendedahan kesihatan realistik Click To Health, hingga ke kejayaan pecah panggung Ejen Ali The Movie 2, ketiga-tiganya menandakan dedikasi Media Prima terhadap mutu, inovasi dan daya cipta bertaraf dunia...

Read More