Nyanyian Cinta Sederhana 'Cak Cak Cekuk' Sebuah Suara Realiti dari Hati Wani Kayrie

Gabungan elemen tradisional dengan susunan kontemporari, lagu “Cak Cak Cekuk”, sebuah lagu pop moden yang diinspirasikan daripada lagu rakyat “Cak Cekur Udang Gamit” ini menyentuh realiti pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga namun berdepan kekangan kewangan. Wani menyalurkan mesej cinta yang jujur dan sederhana, menyeru agar ikatan dibina atas keikhlasan, bukan kemewahan. Lirik bersahaja dan melodi ceria menjadikan lagu ini sesuai untuk majlis perkahwinan dan acara cinta. Diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment, lagu ini mula dilancarkan pada 23 Mei 2025 dan kini boleh dinikmati di semua platform digital. “Cak Cak Cekuk” bukan sekadar hiburan, ia nyanyian realiti yang menyentuh rasa dan membangkitkan harapan...

Read More  

Rahang Tajam Macam 'Aiman Tino' Buat Wani Kayrie Kurang Tidur

Single terbaru yang sangat 'catchy' terutama pada bahagian korus buat mudah melekat di ingatan pendengar sementelah lagi terdapat elemen kemelayuan pada bahagian bridge lagu berentak rancak pop rock berjudul 'Aiman Tino' menambah identiti unik yang membezakannya dengan karya-karya Wani Kayrie sebelum ini. Berkisarkan perasaan suka atau ‘crush’ terhadap seorang lelaki dengan imej comel yang mengingatkan kepada penyanyi Aiman Tino adalah tema yang dipilih menerusi senikata lagu, disesuaikan dengan rentak rancak...

Read More