Bukan sekadar kisah tentang kedai kopi, tetapi cerminan getir dunia perniagaan kecil yang sering dibayangi ilusi estetika dan impian kosong. Drama Tonton Original ini mengisahkan Shah (Shukri Yahaya) yang membuka kafe tanpa pengetahuan, strategi atau tanggungjawab, hingga membuat keputusan semberono dan menyalahgunakan kepercayaan rakan kongsinya, Hani (Siti Hariesa) dan Ajan (Amerul Affendi). Tindakannya yang tidak amanah mencetuskan konflik dan menggambarkan realiti sebenar: ramai pemilik bisnes gagal akibat kelemahan pengurusan dan hilangnya integriti. Bru membongkar sisi pahit yang sering disorok—tentang beban kewangan, penganiayaan pekerja dan kejatuhan impian indah. Dua episod terakhir akan menentukan nasib kedai kopi ini. Saksikan Bru di Tonton setiap Isnin dan Khamis, dan hayati kisah penuh pengajaran yang meninggalkan kesan lebih lama dari aroma secawan espresso...
Read More