Empat nama besar industri muzik tanah air – Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel – bakal bersatu di pentas dalam satu konsert eksklusif bertemakan cinta, kekeluargaan dan warisan seni. Buat pertama kalinya, 4 penyanyi yang juga mempunyai pertalian darah ini akan berkongsi pentas di 'Empat Live in Kuala Lumpur 2025' berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini bukan sahaja merentasi generasi, tetapi juga menyatukan suara emas daripada 2 era berbeza dalam satu malam penuh magis dan emosi. Persembahan ini akan menampilkan kolaborasi istimewa, lagu-lagu ikonik dan detik tak terlupakan bersama peminat tersayang dari seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang menyaksikan sejarah ini terbina bersama anda kerana ia akan menjadi satu kenangan yang akan hidup selamanya di hati anda!
Read More