Astro Shaw Perluas Lingkaran Sinema Serantau, 'Delivery Man' dan 'Fortune Seekers' Gerbang Baharu Filem Asia Tenggara ke Panggung Global

Melangkah ke pentas global, Astro Shaw berganding tenaga bersama syarikat produksi Thailand, Night Edge Pictures untuk menerbitkan 2 filem seram Asia Tenggara: Delivery Man dan Fortune Seekers. Kedua-dua filem ini diumumkan di pasaran filem antarabangsa, Berlin dan Cannes, sekali gus memperkukuh kehadiran Astro Shaw di arena global. Fortune Seekers mengisahkan seorang wanita yang menemui azimat tuah, namun tanpa sedar membebaskan roh jahat. Manakala Delivery Man pula menyelongkar sisi gelap obsesi seorang penghantar makanan terhadap pelanggannya. Dibarisi pelakon popular Thailand termasuk Aokbab Chutimon, projek ini mencerminkan komitmen Astro Shaw dalam menonjolkan kekayaan budaya dan genre seram Asia Tenggara. Kedua-dua filem dijangka tayang pada tahun 2026 dan disasar untuk pasaran serantau dan antarabangsa...

Read More