Spider Unplugged: Konsert Paling Dekat Di Hati Rangkuman 29 Tahun, Satu Malam, Seribu Kenangan

Selepas hampir 3 dekad dalam dunia muzik, kumpulan Spider bakal tampil dengan konsert paling istimewa ' Spider Unplugged Concert' yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Dibawakan oleh Naga Legend Entertainment, konsert ini mengetengahkan konsep ‘unplugged’ buat pertama kali dalam sejarah Spider, menjanjikan suasana yang lebih intim dan mendalam. Dengan barisan lagu-lagu ikonik seperti Relaku Pujuk, Aladdin dan Kasih Latifah, konsert ini adalah penghargaan buat peminat setia dan pengiktirafan kepada legasi Spider. Tiket mula dijual pada 25 April 2025 dengan harga bermula RM198 hingga RM388. Jangan lepaskan peluang menyaksikan malam penuh magis ini bersama kugiran yang telah mewarnai dunia muzik tempatan sejak 1996...

Read More