Majlis Pung Pang Raya yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya pada 25 April 2025 diraikan dengan penuh meriah bersama barisan pelakon filem Citra Apartment dan Lakhus: Penghulu Jin. Majlis ini bukan sahaja sambutan Hari Raya, tetapi juga ruang promosi dua filem terbaharu terbitan MIG. Filem Lakhus, arahan Azmir Affendi, kini dalam proses penyuntingan dan bakal ditayangkan hujung tahun ini. Sementara itu, filem Citra Apartment arahan Amor Rizan pula dijadualkan tayang pada 3 Julai 2025 dengan konsep timeloop yang unik. Dalam majlis sama, MIG turut mengumumkan penggambaran filem baharu berjudul Nar’Sata: Sekutu Setan arahan Pierre Andre yang akan bermula Mei ini...
Read More