Mengangkat kisah gelap manusia yang tersesat dalam duka, lalu terperangkap dalam tipu daya iblis demi memenuhi harapan duniawi. Terinspirasi daripada kisah benar, ia mengisahkan Luth yang dihantui kematian adiknya, Laila. Dalam pencarian yang sia-sia, muncul sosok iblis bernama Laqqus, menyamar sebagai penyelamat, menawarkan jalan keluar – namun dengan harga yang mengorbankan akidah. Filem ini menyelongkar realiti menyayat: bagaimana duka boleh menjelma menjadi pintu kepada syirik dan kehancuran jiwa. Diarahkan oleh Saw Teong Hin, LAKNAT bukan sekadar menakutkan, tetapi menampar kesedaran kita akan batas iman yang mudah rapuh. Akan mula menghantui pawagam seluruh Malaysia pada 5 Jun 2025, ia menyampaikan peringatan bahawa tidak semua ‘bantuan’ datang dari cahaya. Ada yang membawa laknat, diam-diam...
Read More