Keluang Man Menyapa Pagi Kuala Lumpur: Larian, Harapan & Topeng Keberanian

Lebih 7,000 peserta berhimpun pada 18 Mei 2025 di Kuala Lumpur dalam acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian bertemakan wira ikonik Malaysia, Keluang Man. Dianjurkan oleh Astro Shaw bersama Wonda Kopi dan DBKL, larian sejauh 5km ini diserikan dengan kehadiran para pelakon filem Keluang Man, termasuk Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, dan Shweta Sekhon. Peserta turut menerima topeng serta jersi eksklusif, selain menikmati pelbagai aktiviti seperti sesi bergambar, persembahan muzik, dan cabutan bertuah. Larian ini turut meraikan kejayaan kolaborasi Wonda Kopi Kluang yang mencatat lebih 2 juta jualan tin. Filem Keluang Man, arahan Anwari Ashraf, bakal menemui penonton di pawagam mulai 29 Mei 2025, membawa kisah Borhan yang membentuk identiti sebagai wira dalam perjuangan peribadinya...

Read More  

Penampakan Jelas 'Keluang Man' Di Perarakan Merdeka Ke-67

Langkah bersejarah bagi Astro Shaw apabila berpeluang menyertai salah satu acara terbesar negara buat julung kalinya. Penampilan istimewa 2 karektor iaitu 'Keluang Man' dan Kahar dari siri fenomena Project High Council dalam acara sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 benar-benar memberikan sensasi luarbiasa...

Read More