Solidariti dua wanita menghadapi suami bermasalah menjadi tunjang "First Wives". Diyana tergamam apabila mendapati suaminya, Azzim, berkahwin lain secara senyap. Michelle pula tertekan bila mendapati suaminya, Roshan, telah berjudi hingga habiskan simpanan dan kini dikejar Ah Long. Demi persahabatan dan keadilan, Diyana meyakinkan Michelle untuk merompak perniagaan Azzim bagi membayar hutang. Malangnya, rancangan tidak berjalan lancar. Lebih mengejutkan, cubaan rompakan ini membongkar aktiviti haram Azzim dan membawa kepada siasatan polis. Kedua-dua sahabat kini terperangkap dalam bahaya yang tidak pernah mereka jangkakan. Saksikan bagaimana persahabatan ini diuji dan berkembang menjadi kisah pemerkasaan wanita yang berani bangkit melawan ketidakadilan...
Read More