Ejen Ali The Movie 2: Sebuah Misi Jiwa dan Jati Diri, Bukan Animasi Untuk Budak-Budak Sahaja

Sebuah kisah yang meresap ke jiwa, menjalin benang-benang emosi, aksi dan nilai persahabatan dalam dunia futuristik Cyberaya. 'Ejen Ali The Movie 2' dihasilkan selepas 5 tahun penantian dan perubahan besar akibat pandemik, filem ini membawa naratif yang lebih matang, penuh plot twist dan pembangunan watak mendalam. Di sebalik visual penuh warna dan aksi mendebarkan, tersimpan kisah pengorbanan dan semangat luar biasa pasukan WAU Animation yang tetap berkarya meski kekurangan tenaga kerja. Filem ini juga menjadi bukti bahawa animasi tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan karya antarabangsa, menyentuh hati tanpa mengorbankan jati diri. Ia bukan saja untuk kanak-kanak, tetapi untuk sesiapa saja yang pernah rasa kehilangan, harapan dan perjuangan...

Read More  

Papa Zola The Movie: Melangkah Sebagai Wira Dengan Misi Kebenaran

Papa Zola, watak guru jenaka yang pernah mencuit hati jutaan penonton, kini melangkah ke layar utama dalam 'Papa Zola The Movie' hasil kolaborasi Monsta dan Astro Shaw. Filem ini mengetengahkan kisah asal-usul Papa Zola dalam dunia yang dipenuhi cabaran, serangan makhluk asing dan pengorbanan demi keluarga. Bertemakan keberanian dan kasih sayang, filem ini dijadualkan tayang Disember 2025. Dengan gaya jenaka unik dan tagline ikonik "Kebenaran!", Papa Zola bukan sekadar hiburan, tapi lambang harapan dalam dunia yang semakin rumit. Filem ini menyertai gelombang kebangkitan animasi tempatan di bawah inisiatif #aniMY dan semangat #sapotlokal. Papa Zola akhirnya diberi panggungnya sendiri untuk mengajar, menghibur, dan menyentuh hati seluruh keluarga...

Read More  

Neonimus Gempur Trailer Rasmi #1 'Ejen Ali The Movie 2', Satria Bangkit!

Filem animasi "Ejen Ali The Movie 2" menunjukkan sambutan hangat setelah trailer pertamanya dilancarkan pada 25 Mac 2025. Dalam masa kurang 24 jam, trailer ini mencatatkan 300,000 tontonan di YouTube dan 1.3 juta di TikTok, mendapat komen positif dari peminat di Malaysia dan Indonesia. Trailer ini mendedahkan perkembangan baru di Cyberaya yang menguji kesetiaan dan persahabatan Ali. Neonimus, penggodam misteri, muncul sebagai antagonis utama. Ali perlu menguasai sut SATRIA sementara persahabatannya dengan Alicia berubah apabila gadis itu menjadi pemakai IRIS. Ketegangan meningkat dengan kemunculan bekas Ejen MATA, Rizwan, yang bekerjasama dengan penjahat Dos dan Trez. Filem arahan Usamah Zaid Yasin ini dijadualkan tayang Mei 2025, sekuel kepada "Ejen Ali The Movie" (2019) yang merupakan animasi tempatan terkenal di rantau ini...

Read More