Pitahati, kumpulan muzik alternatif tempatan yang terkenal dengan karya berseni dan berlapis makna, kembali dengan single terbaru bertajuk Ana Yang Punya (1 Ringgit 2 Ringgit). Lagu ini, hasil ciptaan dan penerbitan sepenuhnya oleh Pitahati sendiri, membawa tema kritikan sosial terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa. Disampaikan dengan nada santai dan humoris, karya ini bertujuan menjadi cermin kepada masyarakat tanpa menyasarkan pihak tertentu. Dari segi bunyi, lagu ini memperlihatkan sisi Pitahati yang lebih ringan dan bersahaja berbanding karya terdahulu. Dipilih sebagai pembuka untuk album baharu mereka, 'Ana Yang Punya' menandakan fasa baru perjalanan kreatif kumpulan ini. Lagu ini kini boleh distrim di semua platform digital, dan visualizer rasmi boleh ditonton di YouTube Pitahati...
Read More