Kugiran MASDO menyambut ulang tahun ke-10 mereka dalam industri muzik dengan gaya tersendiri melalui acara eksklusif bertajuk 'Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap' pada 30 April 2025 di Saloma Kuala Lumpur. Acara ini bukan sahaja menjadi penghargaan buat peminat, malah menjadi pentas kepada pengumuman besar. Konsert mega 'Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun' yang bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025 di Idea Live Arena KL @ 3 Damansara. Persembahan mini penuh nostalgia turut dipersembahkan dengan lagu-lagu hits seperti “Dinda” dan “Bunga”. Konsert anjuran Hitman Solutions ini bakal menjadi momen bersejarah buat MASDO dan peminat dengan kapasiti 7,000 orang serta tiket mula dijual seawal 30 April. Satu dekad MASDO diraikan bukan dengan biasa-biasa — tapi dengan penuh cinta dan kejutan...
Read More