Dragon Hot Pot Lebar Sayap Ke Malaysia, Terima Pengiktirafan ASEAN Records Menjelang VM2026

Gelombang kehangatan dari Melbourne kini hadir ke Kuala Lumpur apabila Dragon Hot Pot membuka cawangan pertamanya di Low Yat Park, Bukit Bintang. Menggabungkan tradisi ‘malatang’ pedas Sichuan dengan konsep moden yang mesra Muslim, restoran berkeluasan 2,600 kaki persegi ini menandakan langkah berani ke pasaran Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Dengan 162 pilihan bahan segar dan 10 asas sup hasil ramuannya yang dimasak lebih 12 jam, Dragon Hot Pot diiktiraf oleh ASEAN Records sebagai jenama mala hot pot Australia dengan pilihan terbanyak di rantau ini. Dirasmikan oleh Tourism Malaysia dan dimeriahkan persembahan budaya serta promosi istimewa, kehadiran Dragon Hot Pot bukan sahaja meraikan citarasa global tetapi juga menyemarakkan arena gastronomi tempatan...

Read More