Vokal Padu Satu Keluarga, 'Empat Live In KL 2025' Gemilang Di Bawah Satu Cahaya

Ketika Mega Star Arena menjadi saksi pertemuan empat suara terindah negara, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel, terciptalah malam yang lebih besar dari sekadar konsert. Empat Live in Kuala Lumpur 2025 bukan hanya pentas nyanyian, tetapi ruang di mana kasih, sejarah dan kejujuran seni saling bertaut. Dengan 21 lagu dibawakan sepenuh jiwa, konsert keluarga pertama di Malaysia ini menghimpun generasi dan rasa dalam satu pernafasan yang sama. Di bawah pengarahan Jennifer Thompson dan Sze Wan, lebih 4,500 penonton menyaksikan bagaimana empat nama ini menenun cinta dan kenangan ke dalam setiap not, menjadikannya perayaan terbesar muzik tempatan tahun ini...

Read More  

Evolusi Muzik Bersama 4 Legenda Di Konsert Rentas Masa

Dengan sajian pengalaman muzik yang menyentuh pelbagai generasi melalui persembahan 4 legenda - Datuk DJ Dave, Datuk Jeffrydin, Ziana Zain dan Dato' Awie, konsert Rentas Masa dibuka dengan persembahan kumpulan rock Fly V. Berdurasi 2 jam, menampilkan gabungan hits klasik dan kontemporari. Dari nostalgia "Denyutan Hati" dan "Mas Mona", hingga ke hits pop "Anggapanmu" dan sentuhan rock "Iris", setiap persembahan membangkitkan kenangan tersendiri...

Read More