Menanti Semerbaknya Rona Cinta BCL, Yang Datang Hanya Rasa Kecewa Dan Tertanya-Tanya

Berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 27 September 2025, konsert 'BCL: Eternal Love – Timeless Romance' sepatutnya menjadi malam penuh emosi dan cinta abadi. Namun, suasana mula hambar apabila penonton dibiarkan menunggu terlalu lama sebelum kemunculan BCL. Persembahan artis jemputan seperti Fajar Noor dan Jaclyn Victor berlangsung lebih sejam di awal konsert, disusuli pula segmen MC yang terasa terlalu panjang sehingga pentas kosong hampir 15 minit. BCL hanya muncul hampir jam 10 malam, jauh dari ekspektasi penonton. Meskipun vokalnya tetap memukau dengan lagu-lagu seperti Ingkar, Cinta Sejati dan duet bersama Yuna, momentum konsert terasa terganggu. Malam yang dijanjikan romantis akhirnya meninggalkan rasa kecewa, seakan cinta yang tergantung di udara...

Read More  

Konsert Jiwa Epilog 2024: Dimensi Muzikal dari Jiwa

Menjadi saksi kepada pertemuan unik variasi genre muzik berbeza di atas satu pentas yang mempesona, konsert 'Jiwa Epilog 2024' mendeklarasikan kolaborasi tidak dijangka, pengalaman muzikal menggetarkan jiwa penonton. Setiap persembahan membuka ruang untuk pelbagai interpretasi perasaan, satu manifestasi kreativiti artis yang berani mencabar batasan konvensional muzik. Konsert ini menandakan evolusi muzik tempatan, di mana artis bebas mengeksplorasi pelbagai dimensi bunyi dan perasaan...

Read More