Penuh ledakan emosi dan euforia lain macam, konsert Barbarik 'Pentas Peluru Cokelat' pada 28 Jun di Zepp KL bersaksikan lebih 2,700 fanatika rejim Barbarik. Meski bermula lewat 15 minit kerana limpahan penonton, persembahan 3 jam itu berlangsung dengan penuh energi dan kejutan demi kejutan. 22 lagu dipersembahkan termasuk segmen istimewa “Retrostika” yang mengetengahkan sisi akustik Barbarik bersama tetamu istimewa seperti Muzza, Shah Slam dan Karl Cromok. Kejutan terus diberikan dengan kemunculan Nasir Jani dan lagu penutup tidak dirancang “Keris Tidak Bersarung”. Gabungan muzik keras, puisi pentas dan naratif peribadi menjadikan konsert ini satu karya hidup yang menggambarkan keberanian dan evolusi muzik rock tempatan...
Read More