Vokal Padu Satu Keluarga, 'Empat Live In KL 2025' Gemilang Di Bawah Satu Cahaya

Ketika Mega Star Arena menjadi saksi pertemuan empat suara terindah negara, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel, terciptalah malam yang lebih besar dari sekadar konsert. Empat Live in Kuala Lumpur 2025 bukan hanya pentas nyanyian, tetapi ruang di mana kasih, sejarah dan kejujuran seni saling bertaut. Dengan 21 lagu dibawakan sepenuh jiwa, konsert keluarga pertama di Malaysia ini menghimpun generasi dan rasa dalam satu pernafasan yang sama. Di bawah pengarahan Jennifer Thompson dan Sze Wan, lebih 4,500 penonton menyaksikan bagaimana empat nama ini menenun cinta dan kenangan ke dalam setiap not, menjadikannya perayaan terbesar muzik tempatan tahun ini...

Read More  

Konsert Govinda Gabung Karya Seni Malaysia-Indonesia Menjadi 'Hal Hebat'

Saling melengkapi, itulah yang terjadi pada malam konsert berlangsung dan tiada istilah tumpang populariti siapapun kerana karya seni masing-masing mendapat sambutan hangat di negara sendiri. Kolaborasi serumpun Malaysia-Indonesia sering terhasil istimewa berpaksikan rasa cinta 2 negara berjiran yang sekian lama terbina. Momen indah sepenuh jiwa dari Govinda mencipta nuansa luarbiasa bersama yang lainnya...

Read More