Malaysia Cipta Sejarah Di Jepun, Viva Vertical Bawa Pulang 5 Emas & 1 Perak

Sukan seni udara Malaysia terus mencuri perhatian di pentas antarabangsa apabila lima atlet daripada Viva Vertical berjaya membawa pulang lima pingat emas dan satu pingat perak pada Japan Pole & Aerial Sports Championship 2026 di Osaka, Jepun. Kejayaan membanggakan itu bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia dalam komuniti sukan seni udara dunia, malah membuktikan hasil pelaburan berterusan terhadap pembangunan bakat tempatan. Disertai atlet dari Jepun, Australia, Singapura, China dan Malaysia, kejohanan ini turut menjadi pentas kelayakan ke World Pole & Aerial Championship (WPAC). Lebih daripada sekadar kemenangan, pencapaian ini menjadi simbol kematangan atlet Malaysia serta komitmen Viva Vertical dalam membentuk generasi baharu yang mampu bersaing di peringkat global...

Read More