Mencatat kehadiran lebih 300,000 pengunjung sepanjang tiga hari di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang. Acara ini merupakan kolaborasi pertama antara Jom Heboh dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sempena ulang tahun ke-80 agensi tersebut. Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk JPJ Fun Run, pertukaran helmet, servis motosikal percuma serta jualan nombor pendaftaran kenderaan. Selain itu, reruai interaktif, aktiviti keluarga dan kehadiran selebriti turut memeriahkan suasana. Konsert Jom Heboh selama dua malam menjadi kemuncak dengan persembahan artis terkenal tanah air. Karnival ini berjaya menggabungkan hiburan dan perkhidmatan awam dalam suasana santai dan inklusif...
Read More