Mi Sedaap Jelajah PPR Lembah Klang Kongsi Rezeki Bersama Komuniti Ramadan

Program 'Jom Berbuka Bersama Mi Sedaap' merupakan siri jelajah Ramadan yang dianjurkan oleh Mi Sedaap dengan kerjasama TV3, Pepper Labs dan Dapur Digital bagi menyantuni komuniti PPR sekitar Lembah Klang. Program ini melibatkan aktiviti memasak bersama selebriti sebelum hidangan diagihkan kepada kira-kira 350 penerima di setiap lokasi. Jelajah ini berlangsung di PPR Wangsa Sari, PPR Sri Perlis 2 dan PPR Hiliran Ampang dengan kehadiran selebriti seperti Nabila Huda, Keisha Laila, Angah, Wawa serta Chef Fazley. Selain hidangan berbuka, Mi Sedaap turut menyampaikan kotak Kongsi Rezeki kepada rakan Dapur Digital yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah. Inisiatif ini mencerminkan semangat Ramadan yang menekankan kebersamaan, keprihatinan dan amalan berkongsi rezeki dengan komuniti...

Read More