Bersama Bella Astillah, Anchor Butter melancarkan inisiatif jualan kuih raya eksklusif melalui TikTok Live sempena Ramadan dan Aidilfitri 2026. Sambutan luar biasa menyaksikan semua kotak kuih raya habis terjual dalam masa kurang lima minit, sekali gus menjana RM13,000 dalam satu sesi siaran langsung. Keseluruhan hasil jualan disalurkan kepada Rumah Bakti Dato’ Harun di Ampang bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan. Sepanjang sesi tersebut, Bella Astillah berinteraksi secara langsung dengan peminat sambil mempromosikan kuih raya menggunakan mentega Anchor. Inisiatif ini menggabungkan elemen hiburan digital, perdagangan sosial dan sumbangan kebajikan dalam satu platform. Kempen ini turut mencerminkan komitmen Anchor Butter dalam menyokong masyarakat serta menyemarakkan semangat berkongsi sempena musim perayaan...
Read More