Mengalir Nur Maulidur Rasul: TV3 & TV9 Hidangkan Ilmu, Selawat dan Renungan Jiwa

Sempena Maulidur Rasul 1447H, TV3 dan TV9 menghadirkan rangkaian program istimewa yang menyalakan roh kerohanian dan penghayatan sunah Rasulullah SAW. Sorotan utamanya ialah Tanyalah Ustaz dengan imej baharu, membawakan episod khas bertajuk Bertopengkan Sunah pada 5 September 2025, menampilkan Datuk Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Yaakub Yusra yang mengupas isu penyalahgunaan salasilah serta hadis palsu. Selain itu, Bacaan Yasin 2025 menghimpunkan enam qari tersohor dengan visual A.I. yang mendalam, sementara Kapsul Rasulullah Cahaya Inspirasi menyingkap empat sifat agung Nabi SAW. Generasi muda turut menyerlah melalui Kapsul Selawat oleh Kumpulan Nasyid As-Saif, disusuli Tanyalah Ustaz: Diari Muslim yang membimbing amalan harian. Keseluruhan usaha ini menyuburkan kasih, menyemai cinta dan mengukuhkan perpaduan ummah...

Read More