Spritzer Berhad memulakan 2026 dengan meraih dua pengiktirafan berprestij iaitu Putra Brand Awards 2025 dan Superior Taste Award 2025. Spritzer memenangi Anugerah Emas kategori Minuman Tanpa Alkohol buat kali ke-10 di Putra Brand Awards, anugerah pilihan pengguna Malaysia. Pada masa sama, Air Mineral Semula Jadi Spritzer menerima 3-bintang Superior Taste Award untuk tahun ke-10, melanjutkan legasi 15 tahun pengiktirafan oleh International Taste Institute di Brussels. Penilaian dilakukan secara blind tasting oleh lebih 250 pakar antarabangsa. Gabungan kepercayaan domestik dan validasi global ini mengukuhkan kedudukan Spritzer sebagai peneraju industri air minuman botol Malaysia, berteraskan kualiti konsisten, penyelidikan berdisiplin dan inovasi bertanggungjawab...
Read More