Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025 Tempa Kreativiti Baharu Nutrisi Generasi Muda

Gerak langkah kempen Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025 mencetuskan sebuah perjalanan pembelajaran yang tepu dengan nutrisi, imaginasi dan semangat komuniti. Lebih 6,300 murid daripada 30 sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dihimpunkan melalui ceramah pemakanan, pertandingan seni individu serta pertandingan mural bertema “Gaya Hidup Sihat dan Ceria bersama Ayam Brand™”. Dari ajaran Pinggan Sihat Malaysia hingga mural yang merakam kegembiraan, kempen ini memperlihatkan bagaimana pemakanan seimbang mampu menghidupkan kreativiti. Hadiah terkumpul berjumlah RM15,600 diraikan sepanjang 24–26 November 2025 bersama wakil Jabatan Pendidikan Negeri. Seiring warisan Ayam Brand™ yang berusia 133 tahun, program ini menjadi jambatan yang mengukuhkan keyakinan generasi muda untuk bergaya hidup sihat melalui seni, imaginasi dan pengetahuan...

Read More