Bakal berlangsung di IOI City Mall dari 22 hingga 24 Mei 2026 bagi memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Wilayah Shandong, China. Pameran berskala besar ini dijangka menghimpunkan sekitar 100 syarikat berkualiti tinggi dari Shandong bersama lebih 260 delegasi perniagaan. Pelbagai sektor utama seperti pembuatan moden, pertanian pintar, tenaga baharu, makanan premium dan produk pengguna akan dipamerkan sepanjang acara berlangsung. Selain membuka peluang kepada produk Malaysia menembusi pasaran China, ekspo ini turut menawarkan pengalaman interaktif kepada pengunjung menerusi pameran budaya, makanan, aktiviti menarik dan cabutan bertuah. Acara ini dijangka menjadi antara platform perdagangan dan budaya terbesar antara Malaysia dan China pada tahun 2026...
Read More