Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. meneruskan komitmen kebajikan sempena Ramadan menerusi Program Cahaya Ramadan 2026 dengan menyalurkan bantuan kepada komuniti memerlukan. Sejak 2021 hingga 2026, sebanyak 138,500 buku roti telah diedarkan, termasuk 30,000 buku roti Gardenia Original Classic kepada 20 masjid terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun ini. Melalui program Cahaya Ramadan: Sehari Bersama Gardenia yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, seramai 50 keluarga asnaf menerima bantuan dana RM25,000 untuk membeli keperluan Aidilfitri di Mydin Subang Jaya. Mereka turut diraikan dalam majlis berbuka puasa di ISTAC IIUM serta menerima duit raya daripada Gardenia. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Gardenia dalam memperkukuh tanggungjawab sosial korporat dan membantu kesejahteraan masyarakat...
Read More