Revolusi Ilmu Digerakkan dari Timur: Roadtour Skor A+ PTTI Gegarkan Kelantan dengan 3,000 Pelajar Hadir

Lebih 3,000 pelajar membanjiri Hotel Grand Renai, Kelantan pada 19 Julai lalu bagi menyertai Roadtour Skor A+ SPM anjuran PTTI, sebuah platform pendidikan digital yang semakin unggul dalam memacu kecemerlangan akademik pelajar Malaysia. Program ini bukan sahaja menawarkan teknik pembelajaran berstrategi, malah menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar untuk menghadapi SPM dengan keyakinan. Disampaikan oleh Cikgu Fana dan pasukan pendidik berpengalaman, sesi penuh inspirasi ini turut diserikan dengan tawaran diskaun istimewa sempena ulang tahun kelahiran beliau. Tanda pagar #RoadtourSkorAPlusPTTI tular dengan ribuan pelajar berkongsi pengalaman positif. Roadtour ini memperkukuh peranan PTTI sebagai peneraju pendidikan digital, membuktikan bahawa ilmu, jika disampaikan dengan betul, mampu mengubah cara kita melihat masa depan...

Read More  

Karnival Jom Heboh Tarik Hampir 400,000 Pengunjung Sempena Hari Nanas Malaysia, Cipta MBOR Tart Terbanyak

Karnival Jom Heboh edisi Johor Bahru mencatat sejarah luar biasa apabila hampir 400,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Nanas Malaysia dari 27 hingga 29 Jun 2025. Berlangsung di Padang B, Angsana Mall Johor Bahru, acara anjuran Media Prima Berhad bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti Gunung Nanas, konvoi Harley Davidson, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan zapin dan konsert dua malam berturut-turut. Sorakan paling gemuruh hadir ketika 32,040 tart nanas berjaya dihasilkan serentak, sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records. Turut menyerikan acara ialah program kerohanian Jom Selawat sempena Awal Muharram dan penyertaan artis-artis popular tanah air. Hari Nanas Malaysia 2025 diraikan penuh warna, rasa dan semangat, melangkaui sekadar festival, ia menjadi medan kebanggaan rakyat...

Read More  

PTTI Ukir Legasi Baharu, Raih Dua Pengiktirafan MBOR, Ubah Landskap Kejayaan SPM

PTTI mencipta sejarah apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian cemerlang dalam SPM 2024. Anugerah yang diterima ialah ‘Most Straight A’s SPM Students in a Tuition’ dan ‘Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition’ setelah berjaya melahirkan 401 pelajar Straight A’s dan mencatatkan 18,432 gred A secara keseluruhan. Kejayaan ini diraikan dalam Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 di PICC, dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu termasuk tokoh terkenal tanah air. PTTI turut memberi insentif tunai berjumlah RM500 kepada setiap pelajar cemerlang melalui kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa. Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman menegaskan kejayaan ini milik semua. PTTI kini menyasarkan 1,000 pelajar Straight A’s untuk SPM 2025 dengan pelbagai inisiatif berterusan...

Read More