Tumbuh di Langit Sendiri, Converse All Stars Kelas ’26 Rangkai Suara Dan Cahaya Baharu

Di tengah hiruk-pikuk kota yang sarat dengan suara dan bentuk baharu, Converse Malaysia meraikan generasi pencipta muda yang diberi gelar 'All Star Class of ’26'. Program ini menghimpunkan pelukis, pemuzik, pereka fesyen, pembikin filem dan pemain papan selaju, mereka yang percaya bahawa kreativiti bukan sekadar bakat, tetapi keberanian untuk terus bereksperimen. Acara ini menemukan mereka dengan tokoh inspirasi seperti MonKiddo dan Dr. Kamal Sabran, diiringi tayangan dokumentari Love Chuck Skate Tour serta persembahan Space Gambus Experiment dan The ExAct. Setiap detik malam itu menjadi manifestasi semangat Converse: untuk mengangkat komuniti kreatif tempatan agar terus membina ruang, bersuara dan berkongsi cahaya mereka sendiri...

Read More