Pernah Dicop Tidak Akan Berjaya, Sarky Kini Kongsi Kisah Bangkit Dalam Memoir Baharu

Ada perjalanan hidup yang tidak bermula dengan kejayaan, tetapi dibina daripada kegagalan, penolakan dan keberanian untuk terus melangkah. Itulah inti pati memoir The Other Side of Obstacles tulisan Sarkunan “Sarky” Subramaniam, tokoh hartanah yang kini mengetuai Knight Frank Malaysia sebagai Group Executive Chairman. Daripada pelajar yang hampir gagal SPM, mencuci lantai hospital dan memandu teksi di Melbourne demi membiayai pengajian, beliau akhirnya muncul sebagai antara figura paling dihormati dalam industri hartanah negara. Dilancarkan di ibu pejabat Knight Frank Malaysia, memoir yang merangkumi 26 bab ini bukan sekadar mengimbau empat dekad perjalanan kerjaya, malah menjadi sumber inspirasi buat generasi muda, usahawan dan sesiapa sahaja yang sedang berdepan cabaran untuk bangkit semula dalam kehidupan...

Read More