Anugerah Media Agrobank 2026 kembali mengiktiraf peranan penting media dalam membentuk kefahaman masyarakat mengenai sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. Seramai 34 penerima daripada pelbagai organisasi media dan institusi pendidikan diraikan dalam majlis yang berlangsung di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur. Memasuki tahun ketiga penganjuran, anugerah ini kekal sebagai satu-satunya anugerah media yang dianjurkan oleh institusi kewangan di Malaysia. Selain kategori kewartawanan tradisional, penganjuran tahun ini turut memperkenalkan Anugerah Video Pendek Pelajar bagi membuka ruang kepada bakat muda menyampaikan perspektif baharu mengenai pertanian dan agromakanan. Keseluruhan hadiah bernilai RM60,000 ditawarkan kepada para pemenang merentasi tujuh kategori utama...
Read More