Karnival Jom Heboh Sarawak Kembali, Kota Samarahan Jadi Tumpuan 3 Hari

Gelombang kemeriahan bakal kembali menyapa bumi Kenyalang apabila Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026 berlangsung di Kota Samarahan selama tiga hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026. Memasuki tahun ke-23 penganjurannya dan diiktiraf sebagai "Longest Running Outdoor Carnival" oleh The Malaysia Book of Records, karnival ini terus menjadi destinasi utama keluarga Malaysia. Dengan kerjasama strategik Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), pengunjung bakal menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk Jom Heboh Fun Run, Love Food Fest, pertandingan, sesi bertemu artis, reruai interaktif serta Konsert Jom Heboh yang menampilkan barisan artis popular tanah air. Lebih daripada sebuah karnival, KJH terus menjadi lambang perpaduan komuniti, hiburan dan gaya hidup dalam satu pengalaman yang sukar dilupakan...

Read More