Gelombang Baharu Perfileman Asia: JAFF Market 2025 Sedia Ruang Strategik Untuk Berkarya

Kembali sebagai medan industri yang menghimpun pembikin filem Asia, menyediakan ruang strategik untuk karya, idea, dan harta intelek berkembang ke pentas antarabangsa. Berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember di Jogja Expo Center, acara ini menyatukan studio, pembeli, pelabur serta platform penstriman, membuka laluan kepada kandungan Malaysia dan serantau untuk dipasarkan secara global. Edisi tahun ini turut memperkenalkan sesi “The Nusantara Wave”, simbol penyatuan kreatif Malaysia–Indonesia dalam gelombang baharu perfileman Asia. Dengan lebih 6,700 pengunjung pada tahun sebelumnya dan peningkatan dijangka pada 2025, JAFF Market terus muncul sebagai nadi jaringan profesional, ruang pitching, pembangunan projek serta destinasi penting untuk memacu kandungan Asia ke horizon yang lebih luas...

Read More