Nafas Baharu Ruang Industri 'The Goodday Milk Factory' Jadi Hab Komuniti Petaling Jaya

The Goodday Milk Factory dilancarkan pada 13 Februari 2026 sebagai destinasi komuniti baharu seluas lima ekar di Jalan Semangat, Seksyen 13, Petaling Jaya. Projek ini mengubah ruang industri lama menjadi hab gaya hidup yang menggabungkan makanan, kecergasan dan interaksi sosial untuk kegunaan harian. Diilhamkan oleh Lotus Capital dan direalisasikan bersama Goodday Milk, ruang ini menzahirkan falsafah Healthy Living Made Easy dalam bentuk fizikal. Antara tarikan utama termasuk studio senaman berafiliasi HYROX oleh Backyard Training, gelanggang pickleball The Backyard Pickleball serta ruang makan yang menampilkan Nasi Lemak Burung Hantu dan rangkaian minuman Etika. Pelancaran turut meraikan 1,500 pengunjung pertama dengan hidangan percuma, selain persembahan tarian singa sempena Tahun Baharu Cina...

Read More