Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 kembali membuka tirainya sebagai pameran automotif terbesar negara dengan membawa tema Beyond Mobility, menandakan transformasi industri daripada pengangkutan tradisional kepada ekosistem mobiliti pintar dan lestari. Berlangsung di MITEC dari 12 hingga 21 Jun 2026, acara edisi ke-11 ini menghimpunkan 18 jenama automotif tempatan dan antarabangsa yang mempamerkan teknologi terkini, kenderaan elektrik, konsep mobiliti masa hadapan serta pelbagai inovasi berkaitan kelestarian. KLIMS 2026 turut menjadi platform penting dalam memperkukuh aspirasi Malaysia ke arah pengurangan karbon dan penggunaan teknologi hijau. Dengan pelbagai pelancaran model baharu, aktiviti interaktif serta hadiah bernilai RM125,000, KLIMS tampil sebagai acara automotif paling dinantikan tahun ini...
Read More