Fipper X Soloz 2026 Kembali Dengan Koleksi Kedua, Strategi Bijak Soloz Rancang Masa Depan

Soloz atau Muhammad Faris Zakaria menekankan kepentingan strategi kewangan jangka panjang dalam kerjaya e-sukan yang pantas dan kompetitif. Prinsip pelaburan berdisiplin serta konsep penggandaan keuntungan menjadi asas perancangannya. Pendekatan itu dizahirkan menerusi kolaborasi kedua bersama Fipper dalam koleksi Fipper X Soloz 2026 yang dilancarkan pada 28 Februari 2026. Koleksi ini hadir dengan dua gaya, Slip-On dan Refitt, dalam pilihan warna eksklusif yang dipilih sendiri oleh Soloz. Sambutan awal amat memberangsangkan sehingga salah satu warna habis terjual. Fipper, jenama kasut tempatan berusia 18 tahun dan diiktiraf dalam ASEAN Book of Records, melihat kolaborasi ini sebagai usaha menyokong perkembangan industri e-sukan dan budaya generasi muda...

Read More