Kempen “Finnish Baby Box” oleh Mamaway Malaysia lahir daripada keprihatinan terhadap keselamatan bayi pada minggu awal kelahiran. Ramai ibu bapa memilih tidur bersama si kecil demi kemudahan, namun amalan itu boleh membawa risiko. Terinspirasi dari amalan Finland, Mamaway menawarkan baby box percuma sepanjang tahun kepada ibu hamil dan keluarga baharu, sebagai ruang tidur mudah alih yang kukuh, selesa dan bernafas baik. Baby box ini bukan sahaja selamat digunakan ketika malam, malah praktikal sebagai tempat rehat si kecil ketika ibu memasak atau bekerja dari rumah. Inisiatif ini melambangkan sokongan tulus Mamaway selama lebih 20 tahun terhadap perjalanan keibubapaan, agar setiap bayi memulakan hidup dengan ruang yang aman, manakala setiap ibu merasa tidak pernah sendirian...
Read More