Tumbuh di Langit Sendiri, Converse All Stars Kelas ’26 Rangkai Suara Dan Cahaya Baharu

Di tengah hiruk-pikuk kota yang sarat dengan suara dan bentuk baharu, Converse Malaysia meraikan generasi pencipta muda yang diberi gelar 'All Star Class of ’26'. Program ini menghimpunkan pelukis, pemuzik, pereka fesyen, pembikin filem dan pemain papan selaju, mereka yang percaya bahawa kreativiti bukan sekadar bakat, tetapi keberanian untuk terus bereksperimen. Acara ini menemukan mereka dengan tokoh inspirasi seperti MonKiddo dan Dr. Kamal Sabran, diiringi tayangan dokumentari Love Chuck Skate Tour serta persembahan Space Gambus Experiment dan The ExAct. Setiap detik malam itu menjadi manifestasi semangat Converse: untuk mengangkat komuniti kreatif tempatan agar terus membina ruang, bersuara dan berkongsi cahaya mereka sendiri...

Read More  

Eksplorasi Kreatif 'Love, Chuck' oleh Converse MY Perkasa Karyawan Muda Tembusi Kanvas Komersil

Converse MY melancarkan "Creative Exploration" pada 28 Februari 2025 di Art Depot, Balai Seni Negara. Program ini merupakan sebahagian daripada kempen global "LOVE, CHUCK" yang menghubungkan jenama dengan budaya tempatan. Kerjasama tiga-hala antara Converse MY, Balai Seni Negara, serta UiTM dan MIA menyaksikan pelajar-pelajar seni menggunakan kasut Chuck Taylor sebagai kanvas kreatif. Karya-karya akan dipamerkan di Balai Seni Negara sehingga 12 April, sebelum karya terpilih dipamerkan di cawangan-cawangan Converse sekitar Lembah Klang. Inisiatif ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi seni dalam ruang komersil, sekaligus membina platform mampan untuk membangunkan bakat seni kreatif tempatan...

Read More