Gila, Ganjil Tetapi Tulus, Dia Bukan Batman, Dia Borhan, Dia 'Keluang Man'!

Di sebalik dinding sunyi Hospital Tumpoi, seorang lelaki bernama Borhan mencari semula siapa dirinya dalam ingatan yang terpecah, dalam jiwa yang retak oleh pengkhianatan darah sendiri. Dibesarkan oleh Ahmad bersama Shamsir, hidup Borhan berubah sekelip mata bila satu peluru memadamkan kasih, menghidupkan dendam. Luka lama tak sembuh, lalu dia mencipta satu watak. 'Keluang Man' bukan untuk dunia percaya, tapi untuk dirinya terus bertahan. Dalam bayang-bayang trauma, dia menjadi wira yang tidak diminta, tapi diperlukan. Dibungkus nostalgia dan suara hati yang tertahan sejak era 90-an, filem ini adalah kisah tentang keberanian melawan gelap dalam diri. Dalam dunianya yang huru-hara, Borhan belajar bahawa kekuatan sejati bukan datang dari topeng… tetapi dari luka yang diterima dengan redha. Kerana kadang-kadang, kita hanya perlu sedikit gila… untuk tetap waras dalam dunia yang tak mahu mengerti...

Read More