Setahun selepas kehilangan kakaknya Melanie secara misteri, Clover bersama 4 sahabatnya, Max, Nina, Megan dan Abe, mengunjungi 'Glore Valley' untuk ‘healing trip’. Namun percutian mereka bertukar ngeri apabila diserang pembunuh bertopeng dan mati satu persatu... hanya untuk terjaga semula di malam yang sama. Mereka kini terperangkap dalam kitaran masa maut: setiap malam berulang, dan setiap kali, pembunuh berubah dari makhluk ghaib hingga slasher kejam. Dengan nyawa terhad dan masa yang makin suntuk, mereka harus bertahan hidup hingga terbit fajar. Di sebalik seram fizikal, muncul ketakutan sebenar trauma, rasa bersalah, dan kehilangan. 'Until Dawn' menggabungkan psikologi, mistik dan aksi, menjadikan setiap malam bukan sekadar perjuangan hidup, tapi pencarian makna dan kebenaran...
Read More