Panggilan Telefon Dari Neraka Masih Berdering Tanpa Henti Dalam 'Black Phone 2'

Empat tahun selepas mimpi ngeri dalam The Black Phone (2021), Finney Shaw masih bergelut dengan trauma yang membekas dalam jiwanya. Hidupnya berubah menjadi dingin dan terasing, sementara adiknya, Gwen, kini dibayangi mimpi-mimpi aneh yang membawa pesan dari roh ibunya yang telah tiada. Ketika anak-anak kembali hilang dan panggilan misteri dari telefon hitam berdering lagi, Finney dan Gwen harus menjejak mimpi itu ke sebuah perkemahan berselimut salji, tempat rahsia lama menunggu untuk terbongkar. Di bawah sentuhan Scott Derrickson, Black Phone 2 menelusuri sempadan antara duka, kehilangan dan bayangan masa lalu yang enggan dilepaskan. Ternyata, suara dari neraka itu masih belum berhenti…

Read More  

Mitologi Transformasi Manusia Menjadi Serigala Dalam 'Wolf Man'

Menghidupkan semula kisah klasik The Wolf Man (1941) dengan sentuhan moden. Blake, bersama isteri Charlotte dan anak perempuan Ginger, kembali ke rumah keluarga di Oregon selepas kematian misteri ayahnya. Percubaan memperbaiki hubungan keluarga bertukar ngeri apabila mereka berhadapan dengan makhluk serigala yang ganas. Walaupun memukau dengan kesan khas transformasi manusia ke serigala yang dramatik dan suasana mencekam, filem ini kurang berjaya dalam pembangunan watak dan kemistri antara pelakon. Namun, lokasi di hutan gelap dan teknik sinematografi yang mantap berjaya menghadirkan ketegangan yang berterusan...

Read More