Membawa para penonton ke sebuah dunia yang terasa terlalu dekat dengan zaman kita, sebuah masa depan yang dipacu oleh hiburan ganas, ketagihan visual, dan masyarakat yang rela tenggelam dalam ilusi yang dicipta televisyen. Adaptasi Edgar Wright ini lebih tajam, lebih sinis, dan lebih menyengat berbanding versi 1987, memaparkan pergelutan Ben Richards, seorang bapa yang hanya ingin membeli waktu untuk menyelamatkan anaknya. Dengan satira sosial, visual futuristik dan aksi yang meledak, filem ini memantulkan wajah masyarakat yang sanggup menukar empati demi sensasi. Meski babak akhirnya kurang kemas, perjalanan filem ini masih meninggalkan gema yang lama berbekas...
Read More