'Keeper' Bawa Penonton Ke Lorong Paranoia, Manipulasi Dan Ketakutan Yang Sukar Dibezakan Dari Realiti

Karya psikologi gelap terbaru Osgood Perkins, mengheret penonton ke dalam ruang yang menyempit perlahan, sebuah hubungan yang pecah dari dalam, sebuah misteri yang melukakan jiwa lebih dalam daripada ngeri fizikal. Filem ini mengikuti sepasang kekasih yang hidupnya berubah mendadak selepas satu peristiwa misteri, membawa mereka ke lorong paranoia, manipulasi dan ketakutan yang sukar dibezakan dari realiti. Dengan suasana muram yang menjadi identiti Perkins sejak “The Blackcoat’s Daughter”, “Keeper” hadir sebagai campuran serpihan indah, kecelaruan, dan absurdisme yang tidak meminta penonton memahami segalanya, hanya merasakannya. Kekuatan filem ini terletak pada persembahan memukau Tatiana Maslany, yang menghidupkan watak Liz dengan kedalaman emosional luar biasa sehingga mampu mengangkat kelemahan ceritanya...

Read More